Friday, April 4, 2008

FITNA,penghinaan terhadap Islam

Fitna,sebuah filem pendek yang diilhamkan oleh ahli politik Belanda Geert Wilders adalah sebuah filem yang menghina umat Islam.Kecoh baru2 ini apabila filem ini ditayangkan lebih2 lagi kat internet.Ramai umat Islam bangun membantah dan membuat demo serta rusuhan di setiap negara.Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan membuat bantahan terhadap negara Wilders itu supaya memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.Kes Wilders ini berkemungkinan akan menjadi seperti kes seorang pengarah Belanda yang membuat filem menghina Islam kemudian dibunuh.Agaknya dia nak jadi seperti orang tu jugak.

Saya cukup memandang serius tentang pernyataannya untuk membekukan pembinaan masjid,menghalang orang Islam ke Belanda dan menutup sekolah2 orang Islam.Umat Islam Belanda dan seluruhnya harus bangkit menentang.

Orang kafir ni takkan berhenti dari melawan Islam.Bermula isu yang paling melampau apabila isu menghina Nabi SAW oleh Denmark.Tergamak diorang menggambarkan Nabi kita dengan sebegitu rupa.Tapi hanya beberapa kerat umat Islam yang betul2 mengambil perkara ini sebagai isu yang serius.

Kalau kita melihat orang kafir menghina Islam,berapa ramai pula umat Islam yang menghina Islam.Tak perlu diceritakan berapa banyak kerana ramai kita yang mengetahuinya. Ini pun hanya sekadar suratan hati dari saya yang ingin disampaikan kepada umat Islam di luar sana.

No comments: